Skip to main content

MEDISOLE, Kasut Kesihatan Seimbang Beban Kaki

KESIHATAN kaki perlu sentiasa diberi perhatian kerana anggota penting itu mempunyai peranan besar sebagai pelengkap diri, melancarkan pergerakan badan dan menampung berat tubuh.
Satu daripada cara menjaga kesihatan kaki adalah melalui pemilihan dan pemakaian kasut yang bersaiz tepat, selesa dan bersesuaian dengan aktiviti dilakukan.
Kasut yang selesa lebih memudahkan anda berjalan dan melangkah lebih berkeyakinan. Fungsi kasut amat penting kerana melindungi kaki dari kekotoran, habuk dan kekeringan akibat cuaca.

Contoh Kasut Untuk Jururawat

Menyedari senario tersebut, syarikat pembekal dan pengedar bumiputera, Medisole Resources Sdn. Bhd. tampil dengan rekaan kasut kesihatan unik di bawah jenama Medisole.

Pengurus Pemasaran Medisole, Anis Farhana berkata, kaki memang sewajarnya mendapat penjagaan yang baik kerana ia menampung keseluruhan berat badan seseorang, justeru kasut yang tidak selesa dan selamat akan menyebabkan kaki terbeban mahupun terseksa.
Katanya, walaupun seseorang itu sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit, namun adalah lebih elok jika memulakan langkah penjagaan kaki daripada peringkat awal apatah lagi mereka yang menghidap penyakit seperti kencing manis, sakit belakang, sakit lutut dan sebagainya.
“Antara kelebihan kasut kesihatan Medisole adalah, ia mempunyai sistem sokongan ortotik, tapak yang selesa yang menyerap kesan hentakan langkah, ia juga memberi sokongan kepada tumit dan lengkung tapak kaki, mempunyai rekaan ergonomik selain ruang jari kaki yang luas.
“Kasut kesihatan Medisole turut menggunakan tapak dalam lembut khas, iaitu lapisan tapak Poron keluaran syarikat Rogers Corporation yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Lapisan Poron ini mampu menyerap sehingga 85 peratus kesan hentakan langkah dan beban selain mengimbangkan berat badan ke seluruh tapak kaki,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.
Menurutnya, kasut kesihatan Medisole juga dihasilkan dengan lapisan tapak dalam Coolmax Pro yang membantu mengeluarkan haba dan kelembapan supaya kaki pengguna sentiasa kering dan selesa sekali gus menghilangkan bau yang kurang menyenangkan.
Mengulas lanjut mengenai rekaan kasut Medisole yang mula berada di pasaran sejak November lalu, Anis Farhana menjelaskan, terdapat 12 rekaan khas dengan 27 variasi warna yang terdiri daripada koleksi kasut umrah dan melancong, kasut kerja profesional, kasut fesyen, sandal dan kasut diabetik untuk pesakit kencing manis.
“Anggota polis, tentera, guru, doktor, jururawat, jurujual atau mereka yang banyak berdiri amat disarankan untuk memakai kasut ini kerana kaki tidak akan terasa letih.
Contoh Kasut Kegunaan Pejabat
“Begitu juga dengan wanita hamil, berbadan besar, sakit tumit, sakit belakang, mereka yang mempunyai masalah tulang kaki tersembul, jari yang tidak sama panjang, cagu dan sebagainya.
“Kelebihan kasut ini ialah dapat mengurangkan kesakitan pada bahagian sendi (tumit, buku lali, lutut dan belakang), mengurangkan terjadinya kematu, melindungi kesihatan di bahagian sendi, mengurangkan keletihan kaki dan meningkatkan keselesaan,” ujarnya.
Katanya, kasut yang diperbuat daripada mikro fiber, kusyen, fabrik dan getah asli itu dijual pada harga bermula RM159 hingga RM300 sepasang.
Menurutnya, salah satu jenis kasut dalam koleksi yang ditawarkan ialah kasut umrah untuk lelaki dan wanita, sesuai untuk mereka yang akan banyak berjalan serta beribadat semasa di Tanah Suci.
Sehingga kini, Medisole mempunyai tujuh orang ejen di bandar-bandar utama dan menyasarkan lebih daripada 30 ejen bagi tahun 2018 dan turut bakal memasuki pasaran Indonesia, Singapura dan Brunei pada penghujung tahun ini.
Bagi orang ramai dan pembaca setia Kosmo!, dapatkan diskaun sebanyak 10 peratus bagi semua jenis kasut kesihatan Medisole sebelum tarikh akhir promosi 15 Januari ini.
Orang ramai juga boleh mendapatkannya di ibu pejabat Medisole, Bandar Saujana Putra, Selangor atau menerusi laman web www.medisole.com.my.

KOSMO - 06 Januari 2018 3:00 AM


Sebarang pertanyaan KLIK disini...

Comments

Popular posts from this blog

MADU ASLI vs MADU TIRUAN vs MADU SINTETIK

PASAR TANI BATU-14, HULU LANGAT